Followers

FB Like

HUBUNGI RIZAL

Borang Pembelian

Name:
Email Address:
Phone Number
Preferred Banking Method
Poslaju Delivery
Address ( pastikan betul ) :
Items Code
Saya akan buat bayaran pada : dalam tempoh masa yg diberi (2 hari)
selepas tempoh masa yg diberi
tidak pasti bila
Adakah anda serius untuk membeli di sini dan sudah baca & faham terma syarat seperti tertera dibawah Ya
Tidak
Pertanyaan / Pendapat :

Click here to put a form like this on your site.

dari guangzhou ke teluk bengal

Saturday, January 14, 2012
Salam, lama juga saya tidak update blog ini, sebenarnya sekarang saya sibuk menguruskan ekspo dan karnival di serata negeri selangor, bermula di cyberjaya, banting, salak tinggi, dan sekarang di tepi tesco puchong selepas ini insya allah akan ke selayang dan kajang pula, sebahgian dari peniaga ekspo saya adalah mereka yang mengikuti rombongan dan pakej memborong di guangzhou yang pernah saya adakan, mereka membeli barang-barang dagangan di guangzhou sebelum menjual nya secara terus di tapak ekspo dan karnival yang kami adakan, dengan cara ini ianya pasti lebih menguntungkan para peniaga maklumlah perniagaan tanpa orang tengah

Yang kedua nya saya masih dalam proses menjelajah bangladesh. untuk makluman kita bersama bangladesh ialah negara yang agak terkenal dengan tiga hasil utama iaitu, barangan farmasi, pakaian ready made garment dan pinggan mangkuk, sebahgian besar jenama pakaian dunia ditempah dan dikilangkan di bangladesh antara nya jenama zara,okaidi,obaibi, puma, nike,adidas, hanes dan bermacam macam jenama pakaian hebat dunia

Tahukah anda kebanyakan kilang ready made garment di dhaka sudah pun mempunyai tempahan untuk hampir setahun dari sekarang, yang kebanyakan nya ditempah oleh pengeluar pakaian jenama terkenal dari barat sebab itulah hampir kebanyakan mat bangla yang berniaga di tapak ekspo boleh menjual pakaian cotton mereka dengan harga serendah rm10. tahukah anda bagaimanakah caranya mereka mendapatkan bekalan?
nantilah di episod yang lain kita sambung bicara dhaka.

Mengapa bangladesh mengapa tidak cerita guangzhou? kerana jika kita mahu berjaya kita perlukan altenatif itu antara kata-kata nasihat dari pakar ekonomi malaysia kepada saya, maknanya kita tidak boleh hanya bergantung kepada satu sumber sahaja, sebagai contoh nya kebanyakan peniaga-peniaga di jalan sam peng dan plaza g,m, di kuala lumpur sudah pun mula memborong tuala mandi dari india dan pakistan, mengapa?
mungkin juga kerana kadar matawang yuan yang agak tinggi buat masa ini, akibat tekanan amerika, saya bukanlah seorang yang cerdik pandai tetapi sekadar mahu berkongsi dan bertukar maklumat dengan anda yang sudi mudah-mudahan rezeki kita bertambah dan diberkati..amin

                                         

         sementara itu pada teman-teman yang tinggal di sekitar puchong dijemput hadir dan berkunjung di    
         tepi tesco extra puchong sehingga 31 januari ini insya allah