Followers

FB Like

HUBUNGI RIZAL

Borang Pembelian

Name:
Email Address:
Phone Number
Preferred Banking Method
Poslaju Delivery
Address ( pastikan betul ) :
Items Code
Saya akan buat bayaran pada : dalam tempoh masa yg diberi (2 hari)
selepas tempoh masa yg diberi
tidak pasti bila
Adakah anda serius untuk membeli di sini dan sudah baca & faham terma syarat seperti tertera dibawah Ya
Tidak
Pertanyaan / Pendapat :

Click here to put a form like this on your site.

persediaan ke guangzhou

Sunday, February 17, 2013
Salam hormat, kita jumpa lagi, terlalu ramai pembaca blog mahupun teman-teman fb yang meminta saya tips dan pertanyaan tentang memborong di guangzhou, sebenar nya saya bukanlah seorang yang amat pakar dan tahu setiap inchi bumi guangzhou, apa yang saya tahu boleh lah saya kongsikan, tak kurang juga yang menghantar pesanan di fb mahu pun sms saya bertanya tentang pelbagai perkara, mana yang sempat saya balas saya akan balas, kadang-kala tue sms masuk waktu saya sedang memandu, mesyuarat,seminar, berniaga atau sedang sibuk melayan pelanggan bila lambat sikit balas ada juga yang bagi respond tak menyenangkan, huhuhu, malahan ada juga yang dah sampai gz tapi hadapi masalah kat sana, hubungi saya tengah-tengah malam, tak kira waktu, tapi nasib pasangan suami isteri tu baik, sebab kebetulan crew saya sdra man berada di gz waktu itu, atas sifat dan didikan yang di asuh dari kecil maka beliau dengan jiwa yang besar telah ke baiyoun airport dengan teksi, pada awal subuh, teksi dari hotel ke airport pula untuk sehala pada pagi-pagi buta tue pun dah mencecah rmb 200, setelah mengambil pasangan tersebut mereka kembali ke hotel sekali lagi tambang rmb200 crew saya yang bayar, takpalah setakat rmb400 apalah sangat, pergi makan tomyam untuk satu meja di gz pun lebih dari tue, kan abg kapiyen? huhuhu, tapi apa yang kami terkilan ialah sikap pasangan itu,  seterusnya tak perlu lah saya panjangkan disini, cuma nak pesan pada anda semua yang bertanya kalau bole terus lah telefon saya jika ada apa-apa yang saya bole bantu insya allah saya dan krew sedia bantu, tapi tolong lah paham yer, kami tak ambil dan minta duit anda jadi harap toleransi la sikit                         


  •                          kalau dah nak cepat rempit jer la naik ni, tp sbnrnya tak digalak kan

Ok kita terus kepada tajuk yang selalu ditanya ialah tips pertama kali ke guangzhou, pada saya simple 
kalau musim sejuk bawak jer baju sejuk, sarung tangan, pelembab bibir dan stokin yang tebal, sementara yang wajib anda bawa ialah makanan tambahan seperti biskut, mee segera, air minuman, serta sebaik nya aktifkan atm kad anda untuk pengeluaran antarabangsa,

Jenayah di guangzhou agak rendah dan syukur ke hadrat allah swt, sepanjang 5 tahun berulang-alik ke gz, saya dan crew serta rombongan kami belum pernah dilanda masalah itu, Walau bagaimana pun saya nasihat kan berada di bumi asing kita haruslah sentiasa berwaspada, dari sudut makanan pula banyak makanan halal yang boleh diperolehi di bandaraya guangzhou cuma selera kita mungkin tak begitu serasi, tandas awam di guangzhou pula memang amat teruk dan kotor, satu-satunya tandas terbaik ialah di airport huhu, so sebelum keluar memborong elok lah ke tandas hotel dulu.

                                             air minuman ini dijual oleh umat islam guangzhou


Tips memborong pada saya biasa sahaja, cuma sebaik nya anda kawal diri dan bertenang sebelum membuat pilihan, al maklum lah pertama kali ke gz terlalu banyak barangan yang anda tak jangkakan anda jumpa pada harga yang sangat murah, selepas membuat tempahan saya syorkan anda memeriksa kembali barangan yang anda beli, oh ya sebelum terlupa sebaik nya ambil la pakej extra baggasi yang ditawarkan syarikat penerbangan anda sehingga ke maksimum,masalah terlebih bagasi ni dah selalu sangat saya temui, maklumlah pertama kali ke gz...tak percaya? tak apa nanti tengok yer