Followers

FB Like

HUBUNGI RIZAL

Borang Pembelian

Name:
Email Address:
Phone Number
Preferred Banking Method
Poslaju Delivery
Address ( pastikan betul ) :
Items Code
Saya akan buat bayaran pada : dalam tempoh masa yg diberi (2 hari)
selepas tempoh masa yg diberi
tidak pasti bila
Adakah anda serius untuk membeli di sini dan sudah baca & faham terma syarat seperti tertera dibawah Ya
Tidak
Pertanyaan / Pendapat :

Click here to put a form like this on your site.

lagi t shirt untuk diborong terus dari china, indonesia dan bangladesh pada harga amat murah dan kualiti terbaik

Friday, November 30, 2012
Nak borong...? rm7.50 sehelai call 016-2223879



































warna-warni borong di guangzhou

Thursday, November 29, 2012
Salam hormat, saya baru sahaja kembali dari guangzhou, alhamdulilah syukur pada allah swt yang mengizinkan perjalanan ini berjalan dengan tenang, lancar dan penuh berkat
Berjalan dalam suasana musim sejuk sambil memborong agak kurang memenatkan di bandingkan jika cuaca di musim panas.

Hari pertama setelah check in di hotel saya membawa anggota rombongan ke pusat borong stationery, dan mainan, walaupun barangan ini bukanlah antara main item yang di jadualkan yang mahu di borong oleh peserta, tetapi nampaknya sebahgian besar anggota rombongan ' cair ' kerana barangan serta harga yang amat menarik

Petang nya kami sempat melawat ke plaza elektronik, disini keghairahan peserta semakin ketara dan teruja dengan pelbagai barangan yang murah dan terkini

Hari ke dua seawal jam 9 pagi kami bergerak ke pusat beg, seperti biasa siapa yang tak tertarik
dengan pelbagai fesyen beg terkini, sebutlah apa saja jenama, jenis, bentuk mahupun kualiti insya allah tempat ini tidak mengecewakan anda.

Hari ke tiga saya membawa peserta ke pusat borong pakaian yang agak jauh dari bandar guangzhou, segala jenis pakaian dari pakaian baby hinggalah pakaian dewasa ada terdapat di sini tak ketinggalan juga deretan kedai yang menjual shawl

Hari ke empat kami ke plaza kraftangan, pusat baju dan pakaian serta kasut, syukur nampaknya semua peserta rombongan berpuas hati dengan trip ini

Manakala hari terakhir kami gunakan sebagai atucara bebas untuk peserta bebas memilih pusat borong yang dimahukan, jam 5 petang kami bertolak ke lapangan terbang baiyun

Kepada semua peserta rombongan yang mengikuti trip tempohari, terima kasih yang tak terhingga kerana memilih saya sebagai tourist guide anda, terima kasih sekali lagi kerana semua peserta berpuas hati, terutama " abg kapiyen " dan bg hassan, legal asstant yg sporting dan sentiasa buat kami tak kering gusi, ustazah terengganu, " abg hitam manis serawak selaku body guard yang terbang khas dari kuching " serta adik ismah "hot item" yang sentiasa membuatkan jadual kita terlebih run. Rasanya ini antara group paling best yang mengikuti trip ke guangzhou, tak lupa juga untuk krew rizal collection yang menemani pak haji dan mak aji ke pusat borong perabot di shun de dan shenzhen. insya allah bulan depan terbang lagi
















baju tshirt round neck size s,m, l, xl dan xxl

Sunday, November 18, 2012
         Sesiapa yang berminat memborong bole call 016-2223879
                                           

22 nov- 28 nov trip gempur pusat borong guangzhou

Wednesday, October 31, 2012
Salam hormat jika anda ingin ikuti krew saya ke guangzhou pada 22 hb - 28 nov ini ke pusat borong boleh hubungi saya di talian 0123535698, info ringkas seperti berikut

Tambang pergi balik,
Visa
Makan 2x sehari
Penginapan sebilik 2 orang
Pengangkutan di guangzhou
Khidmat urus penghantaran barangan ke malaysia
Sebanyak rm2100

Tentatif jadual adalah seperti memborong di gedung elektronik, gedung pakaian,  gedung beg, dan kasut
barangan stationery barangan permainan kanak-kanak dan lain-lain, untuk makluman rombongan ini terhad kepada beberapa peserta sahaja terutama yang sering bertanya dan mahu mengikuti saya ke guangzhou, insya allah saya juga akan turut berada di sana nanti dan akan membantu dari segi khidmat nasihat serta pandangan sekadar yang termampu, seperti yang kebanyakan pembaca blog maklum kami bukanlah mengutamakan keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada mahu membantu mereka yang mahu memborong  dan sering bertanya

 Seperkara lagi cuaca pada masa itu nanti dijangka 10- 15c,  jadi keperluan seperti baju sejuk adalah digalakan, jika ada pembaca yang mahu ke pusat borong selain dari yang kami nyatakan ini anda boleh hubungi saya dan insya allah kami akan menyusun lawatan khas untuk anda,



in coming stock

Friday, October 26, 2012





                                                                       
                                                
                                              

kisah guangzhou

Thursday, October 18, 2012
Salam hormat, banyak pertanyaan yang saya dapat sama ada dari email atau telefon yang meminta saya bercerita dan berkongsi pengalaman tentang barangan dari china, adakalanya saya tidak dapat menjawap secara terus dan serta merta kerana masalah kesibukan yang amat sangat .

Pada saya tidak ada apa yang mahu saya ceritakan, kerana saya bukanlah seorang yang amat pakar tentang selok belok dunia perniaggan di china,  tetapi jika sekadar mahu berkongsi pengalaman yang tidak seberapa ini bolehlah, pada saya banyak sebab kita perlu ke china, saya sendiri  memilih ke sana untuk mendapatkan barangan yang saya mahukan pada harga terendah, hanya itu sebenar nya nawaitu saya, alhamdulilah saya dapat apa yang saya ingini.


Lama- kelamaan saya mula meneroka bandar gz, barulah saya tahu sebenarnya apa sahaja barang-barang bole kita dapati di gz ini dengan harga yang amat murah dari di negara kita, dan hampir 90 peratus barang-barang yang di jual di gm plaza atau kenanga datang dari gz,  juga tak kurang barang-barang komputer yang di jual di low yat atau pun barangan elektronik yang berlambak di pasar pudu, saya hanya sekadar mahu berkongsi apa yang saya tahu kepada mereka yang bertanya. Terkenang pada seorang teman saya dulu jika tak ada idea apa yang mahu dijual, beliau akan tengok tiket ke gz, jika harga tiket murah beliau akan beritahu saya dan mengajak ke gz, jom g gz servey barang, hampir dua tiga bulan sekali itulah kerja kami amik tiket pergi gz tapi tak tahu nak beli apa, sampai sana duduk hotel seminggu tiap hari kerja kami meneroka dan menjelajah dari satu pusat borong ke pusat borong yang lain, kadang-kadang bila diingatkan saya tersenyum sendiri, tapi biasanya ia berhasil kerana kami berjaya menemui barangan yang menarik baru dan murah untuk dijual di malaysia                  

                                           tengah ajust nak tumpang kontena kawan-kawan, cepat
                                           sikit sampainya...
                                        kat sini baju mmg class A, tp market saya kat expo-expo jer

Ramai juga yang salah paham dan fikir kalau dah ke gz mesti kena amik barang 1 kontena, sebenarnya ia tidak semestinya, yang penting kita tahu apa barangan yang sesuai jadi untuk itu homework amat penting
untuk membantu kita membuat pilihan barangan, pada mereka yang berniaga di up town atau night market
biasanya mereka mencari kain baju atau aksesori, ada juga tauke-tauke tudung kita yang menempah tudung dari kilang-kilang di sini, apa yang saya perhatikan orang kita amat kurang yang terbabit dalam dunia elektronik atau akseoseri kereta di gz, mungkin untuk menjualnya atau memasarkan di malaysia menyebabkan orang kita memilih barangan lain untuk dijual, harga barangan stationery juga amat besar bezanya dengan di tanah air kita, begitu juga dengan dunia barangan perabot mewah berkali ganda murahnya dari yang dijual di kuala lumpur, jangan cepat salah paham bukan semua barangan china low class,
                                             ATV ini separuh harga sahaja dari yang dijual di malaysia

Begitu jugalah dengan dunia beg jika mahu mendapatkan beg tangan jenama tiruan kelas AAA kita boleh mendapatkan nya dengan mudah di gz ini pada harga hanya beberapa ratus kualiti dan bentuk nya saling tak ubah seperti yang asli, cuma di gz hampir kesemua kedai melarang kita untuk merakam gambar, jadi sebahgian besar gambar- gambar di sana saya ambil secara curi-curi

                                             beg-beg jenama semua ni kelas AAA                                                                                     

sapa nak borong call 0162223879

Thursday, September 27, 2012