Followers

FB Like

HUBUNGI RIZAL

Borang Pembelian

Name:
Email Address:
Phone Number
Preferred Banking Method
Poslaju Delivery
Address ( pastikan betul ) :
Items Code
Saya akan buat bayaran pada : dalam tempoh masa yg diberi (2 hari)
selepas tempoh masa yg diberi
tidak pasti bila
Adakah anda serius untuk membeli di sini dan sudah baca & faham terma syarat seperti tertera dibawah Ya
Tidak
Pertanyaan / Pendapat :

Click here to put a form like this on your site.

guangzhou..dan pusat borong...perlukah ke guangzhou..?

Friday, August 16, 2013
Salam aidilfitri, terlebih dahulu sempena aidilfitri yang mendatang ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin, dalam menghadapi ramadhan yang lalu kami amat sibuk membuat persiapan untuk jualan sempena ramadhan dan jika ada tuan-puan yang bertanya kepada kami tetapi tidak mendapat apa-apa jawapan harap dimaafkan, bukan nya kami sombong atau tidak mahu melayan tetapi kami benar-benar kesuntukan masa, yer memang benar ini bukan pengalaman pertama kami atau kedua atau ketiga, akan tetapi banyak perkara yang tak diduga berlaku dan sebagai insan biasa pastinya kami tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Kali ini tujuan utama artikel ini ditulis adalah untuk cuba menjawap sambil menceritakan sedikit sebanyak soalan dan pengalaman kami yang tidak seberapa ini, adalah menjadi harapan agar ianya sedikit sebanyak dapat membawa manafaat, jika yang maha esa menerimanya sebagai amal jariah maka pahala nya adalah untuk arwah ibu saya yang mendidik saya, jika ianya sesuatu yang tidak berguna langsung kepada pembaca blog ini maka saya menerimanya sebagai kelemahan diri saya,  terlalu ramai teman- teman dan pengunjung blog ini yang bertanya tentang bumi china, dari soalan tentang shandong, shanghai yiwu sampailah ke guangzhou, saya membina blog ini dengan tujuan berkongsi ilmu sambil mencari rezeki memaparkan barangan yang dijual atau membawa trip peniaga-peniaga yang mahu ke guangzhou, mudah-mudahan kita bole menambah pendapatan dan mencari rezeki sambil mengeratkan siratul rahim serta bertukar-tukar pandangan, bukan niat saya mahu menunjuk saya lebih pandai lebih tahu atau lebih power dari yang lain, apa yang saya harapkan ianya membantu sedikit sebanyak peniaga anak melayu terutama anak-anak muda mendapatkan barangan yang mereka mahukan dengan jauh lebih murah, jauh lebih terkini serta membuka pengetahuan bersama

Adakalanya saya dan crew lemas juga dibuatnya dengan soalan-soalan yang merapu-rapu, tetapi adatlah kami menggagap ianya sebagai cabaran dan dugaan, ada juga yang menyangka kami ini seolah-olah seperti menyediakan khidmat seperti "kaunter pertanyaan" setiap sms harus dijawap segera, tanpa mengira masa dan tempat, sama ada kami di china, bangladesh, vietnam atau indonesia atau thailand, atau ketika kami sedang memandu, mahupun ada kala nya ketika kami sedang berniaga di booth2, jika lewat menjawap sedikit tak kurang juga yang terus menghantar kata-kata kesat, kalau boleh anak bangsa yang bersikap beginilah yang amat-amat mahu kami elak kan dari menjadi kawan, belum pun sampai ke china lagi dah buat semak, huhu... ok tak apalah kita cerita hal lain.

Guangzhou hari ini sudah semakin jauh berbeza dari 5-6 tahun lepas bermula dengan kadar tukaran yang semakin mengecil, tiket penerbangan yang tak lagi semurah dahulu,  sehinggalah kepada harga barangan yang tidak lagi semurah dahulu, namun ianya tidak pernah melunturkan semangat kami sebagai pemborong, disebalik semua itu guangzhou masih lagi merupakan syurga bagi pemborong selain dari harganya yang sekali ganda lebih murah jika anda memborongnya di kuala lumpur, ianya juga turut menawarkan kepada kita barangan terbaru yang adakalanya masih belum pun dijual di malaysia, selain itu anda juga boleh menempah terus barangan yang anda mahukan dari pembekal atau pengilang-pengilang disini, sama ada barangan seperti pakaian atau beg atau apa sahaja dengan kos yang pasti memuaskan hati anda, kita ambil contoh barangan seperti power bank atau rokok elektronik yang hangat satu masa dahulu, harga nya di china jauh lebih murah dari yang dijual di kuala lumpur selain itu model-model terbaru turut mudah didapati disini, jadi mereka yang memborong terus di guangzhou akan dapat menjual dengan lebih menarik dan mendapat untung yang lebih jika dibandingkan dengan pemborong yang memborong nya di kuala lumpur, kerana itu saya sering meyarankan kepada pembaca supaya pergi memborong terus di china, dan saya syorkan paling minima duduklah 4-5 hari di guangzou, kerana  pusat borong amat besar luas dan terlalu banyak, seperkara lagi di china pusat borong hanya dibuka pada jam 9 pagi dan tutup pada jam 6 petang, bayangkan jika pusat elektronik nya sahaja ada lebih 10-15 bangunan yang setiap satu nya amat besar dan bertingkat-tingkat, itu belum lagi ke pusat beg, pusat barangan permainan atau pusat borong baju  tak kan lah kita masuk jer terus nak beli, jadi masa amat terbatas dan berharga

kawan-kawan saya yang berniaga sambilan semakin ramai yang mahu berniaga sepenuh masa atau mahu berhenti kerja dan memilih berniaga sebagai kerjaya tetap mereka, saya ucapkan selamat maju jaya tetapi kena lebih rajin dan berusaha berniaga sekarang tak macam berniaga dulu-dulu, banyak cabaran nya harapan saya anda berjaya, nasihat saya ialah jujur dan jangan tutup peluang orang lain, tak lupa juga kalau boleh jangan lah sombong kongsilah ilmu kita sedikit sebanyak dengan anak bangsa, lihat kaum cina di negara kita mereka bersatu dan rajin serta tolong menolong satu sama lain dalam bidang perniaggan, sebab itu jika ada crew https://www.facebook.com/pages/Rizal-Collection/ yang mahu berniaga sendiri saya memberi galak kan, cuma harapnya anda pergi kerana sudah cukup ilmu dan bukan kerana hasutan atau termakan pujuk rayu dari mereka yang belum tentu ikhlas, tak apalah semua tue perkara kecil pada saya, jumpa lagi insya allah.

1 comments:

  1. Blogger said...:

    VaporFi is the highest quality electronic cigarettes supplier on the market.

Post a Comment