Followers

FB Like

HUBUNGI RIZAL

Borang Pembelian

Name:
Email Address:
Phone Number
Preferred Banking Method
Poslaju Delivery
Address ( pastikan betul ) :
Items Code
Saya akan buat bayaran pada : dalam tempoh masa yg diberi (2 hari)
selepas tempoh masa yg diberi
tidak pasti bila
Adakah anda serius untuk membeli di sini dan sudah baca & faham terma syarat seperti tertera dibawah Ya
Tidak
Pertanyaan / Pendapat :

Click here to put a form like this on your site.

dari booth ekspo ke bandar guangzhou

Wednesday, March 30, 2011
Alhamdulilah,syukur pada allah swt,barang-barang saya yang dibeli pada 16 mac lepas,telah pun selamat sampai dalam keadaan baik dan sempurna,teman-teman di lembah kelang yang menyertai sama trip ke guangzhou pada 12-17 mac lepas,di pahamkan sudah pun menerima kargo masing-masing sehari lebih awal dari saya semalam,maklumlah rumah mereka di lembah kelang,jadi pastilah lebih di dahulukan dari saya di seremban,antara item yang sempat saya beli tempoh hari ialah  al quran digital, baju blouse,jersey,beg tangan wanita,beg laptop,beg sandang dan beg galas,tidak ketinggalan payung samurai yang masih lagi mendapat permintaan tinggi,insyaallah akan sy upload kan dalam masa terdekat,walaupun terpaksa berkejar-kejar untuk menghantar barang ke karnival dan ekspo


Sehari dua ini saya agak kesuntukan masa,banyak booth karnival dan ekspo yang saya sertai,minggu depan pula insyaallah akan ke guangzhou lagi,kali ini sasaran utama ialah hu man taiping...apa ada di hu man taiping?...insya allah semua nya akan saya kupas nanti,sambil itu saya terangkan sedikit di sini,trip yang saya buat biasa nya lebih saya tumpukan pada tempat atau lokasi paling murah,kerana saya berniaga dan memahami peniaga yang mengikuti trip saya biasa nya juga mahukan harga serendah mungkin,cuma kadangkala yang menjadi masalah ialah mendapatkan makanan halal yang menepati selera bila jauh berpuluh-puluh batu di pendalaman guangzhou kerana biasanya kedai makanan halal banyak bertumpu di pekan guangzhou sahaja,sebagai contoh harga selipar crocs di tempat yang saya ambil ialah rm3 berbanding di shang xia jiu lu rm4.20,bagi setiap sepasang,jadi apabila kita mengambil dua ribu pasang,bayangkan perbezaan yang dapat kita jimatkan,malangnya di sini tiada kedai makanan halal,jadi sebelum pergi makan dan alaslah perut dulu di bandar guangzhou.


Pada teman-teman yang membaca blog ini saya ingin meniup semangat anda untuk berniaga,terutama anak-anak muda,adik-adik saya,kan sabda nabi rezeki itu 9 dari  sepuluh datang dari perniagaan,kejayaan tidak akan datang tanpa usaha dan titik peluh,barang di guangzhou semuanya hampir sekali ganda murah nya dari di negara kita,kelebihan lain ialah barang yang kita beli terbaru design dan patern nya,sebagai peniaga yang baru setahun jagung saya akui dan sedar kelemahan diri,adakalanya saya juga tersilap memilih barang,tapi semuanya adat dan asam garam yang harus saya tempuhi,mudah-mudahan dengan izin allah suatu hari nanti kita semua berjaya,amin

Teringat kata-kata abg saudara saya dulu waktu mula-mula diberitahu mahu ke china untuk mencari barang berniaga,kalau dah beli barang tak sampai macamana rizal?kita ni orang susah bukan senang nak cari modal,kalau kita dah kena tipu alamatnya tak ada sapa yang mahu pinjamkan kita modal lagi,lagipun kita amik stok sikit-sikit bukan 1 kontena pun,amik aje la di k.l. cepat.mudah dan kita masih boleh berniaga,ada juga teman yang bagitahu kita tak boleh bertutur bahasa china,tak ada kenalan,tak ada saudara mara di china,buat apa nak bahaya kan diri,amik aje la dari g.m. plaza atau san peng di kl,namun semuanya saya jadikan cabaran
setakat ini pun saya masih baru dan masih belajar merangkak,di kesempatan ini juga saya mengambil kesempatan dan penghargaan tidak terhingga kepada aidil samm,yang sudi meluangkan masa memberi tunjuk ajar dan buah fikiran dalam mencantik kan lagi blog ini,semuga allah membalas kebaikan saudara,tanpa saudara blog ini tidak mungkin secantik ini.

0 comments:

Post a Comment