Salam agak lama saya tak membebel dan berceloteh,nak kata tak ada masa teringat kata-kata abg zamzi pssccmns,masa tak ada kalau kita tak cari,hahaha,jgn marah ye bang,kemaafan dendam yang terindah (juga ayat biasa abg zam)sekali lagi nak minta maaf kalau apa yang akan saya sebut nanti secara sengaja menimbulkan rasa marah atau kurang senang pembaca-pembaca,sebenarnya saya sering tertanya-tanya mengapa majoriti orang melayu kita yang saya temui di bandar guangzhou ini agak kurang mesra? kadang-kadang saya tersengih-sengih menghadiahkan senyuman dengan mereka bila terserempak, dengan beberapa kerat orang melayu kita di bandaraya guangzhou,tapi sayang hampir kesemuanya tak freindly,kata orang putih. mungkin penat kot seharian suntuk membeli-belah dan mencari barang,jauh di sudut hati saya yakin mereka ni baik orangnya.berbeza dengan etnik cina keturunan malaysia,mereka lebih ramah menyapa saya, teringat satu peristiwa di kedai handphone sewaktu reload sim card, ada dua orang cina keturunan malaysia yang sengaja cakap kuat-kuat bahasa malaysia semata-mata untuk menarik perhatian saya ,kemudian bila saya senyum terus dia sergah saya ,malaysia kaa?haiyaa apa macam lu boleh sampai sini,guangzhou mari sini pun banyak jauh tau,(kebetulan tempat itu agak jauh dari bandar) malahan kadang-kadang borak lebih sikit macam-macam lubuk membeli-belah mereka beritahu,ada beberapa tempat yang langsung saya tak pernah tahu pun sebelumnya,maklumlah agak jauh ke pendalaman sehingga ada jaraknya hampir dua jam dari guangzhou,atau mungkin peniaga-peniaga melayu ini dah tau segala-galanya tentang guangzhou kot,jadi mereka bimbang kalau-kalau saya bertanya nanti tentang lubuk-lubuk mereka,humm hairan juga yer,pun begitu saya tak kata semua peniaga kita sombong,ada juga sebahgian kecil yang ok,lagipun mungkin mereka semua datang berkumpulan,jadi tak kisah sangat nak berkawan berbeza dengan saya yang biasanya datang sorang-sorang,duduk sampai sepuluh hari kat guangzhou,mesti boring.pastu terhegeh-hegeh nak cari kawan,sebenarnya sebagai anak melayu saya rasa seronok bila berjumpa orang sebangsa saya di bumi china,tapi apakan daya mungkin mereka tak seronok berjumpa saya agaknya.tak mengapalah kata bard hidup jiwa kena besar,arwah umi saya pun selalu pesan gitu
Hu man taiping ada lah sebahgian dari kawasan membeli belah yang saya dapat tahu dari etnik cina keturunan malaysia, ya tempat ini agak jauh dari guangzhou,tetapi memborong pakaian di sini jauh lebih murah dari memborong di tengah bandaraya guangzhou,dah alang-alang ke china,pada saya eloklah kalau kita terus dapatkan lubuk nya.begitu juga bandar lampu,bandar ini tiga jam lebih jauhnya dari guangzhou,tetapi harga nya jauh lebih rendah jika di buat perbandingan,perabot dan barang-barang kayu pula sudah semestinya lah di foshan,sebutlah apa saja jenis perabut yang anda mahukan,dari yang bercorak moden,kayu,tradisional ataupun selera english,segala nya terdapat disini,nak beli di k.l. harganya 2 atau 3 kali lebih mahal,tak termampu saya.
Ada dua tiga tempat lagi yang memang agak jauh dari guangzhou,tetapi harga nya amat berbaloi,seperti barangan sinki,akuarium termasuk ikan hiasan yang mahal-mahal di negara kita semuanya berlambak-lambak di sini,akseoseri kereta,pasar kasut dan selipar.yang sedikit meresahkan di tempat-tempat ini agak sukar sangat untuk mendapatkan makanan halal,kalau ada pun memang tak ngam dengan selera kita,humm.... so apa macam?sangup or tak sanggup,tak sanggup di syorkan shoping di one link plaza ajelah.hahaha.
Baru-baru ni ramai yang tanya kenapa pergi senyap-senyap dan tak publish dalam blog,sebenarnya kerana trip tersebut saya membawa beberapa pengedar besar untuk menempah tudung dan barangan lain kelengkapan hari raya di kilang-kilang di sana,juga beberapa teman usahawan yang menempah terus seluar jeans, pinjam istilah anakmuda (sejibik LEV*S ori bro,siap dengan tag,button bagai ) perkataan sebenar (sebijik) untuk kelengkapan hari raya, tak ketinggalan orang politik yang menempah bendera untuk persiapan pilihanraya,nak kata terror tak lah,saya tunjukan mana yang termampu aje,saya pun budak baru belajar,tak kurang juga yang bertanya kenapa tunjuk lubang kat orang,bawak aje lah pergi tempat-tempat biasa-biasa jer kat tengah bandar raya,habis cerita,tapi pada saya semua ini amal jariah,pesanan guru saya kalau kita jumpa ranting di tengah jalan kemudian kita alihkan supaya senang orang lain lalu itu pun dikira amal jariah juga.. kerana bimbang tak cukup masa jadi saya tak berani nak mempelawa anda bersama,insya allah selepas ini jika di izinkan allah swt kita arrange trip khas ye. syarat nya kita makan dulu kenyang-kenyang kat hotel pastu gempur, redah jer...jumpa lagi
Wah, macam tu pulak anak melayu kat perantauan ye. Kita nie dah terbiasa kontrol ayu, kontrol hensem kot..sebab tu ragu-ragu nak menegur dan bermesra dengan orang lain..Kalau kami berada di sana dan terjumpa sebangsa senegara, macam manalah agaknye respon kami ye... sure tersengih gembira kot.@ he..he..takut-takut, paku dulang paku serpih pula.
Bagusnya dapat borong di lubuk tu kan, kami ni usahkan lubuk, cina tu pun tak penah lagi kami jejaki...huh..huh.