Followers

FB Like

HUBUNGI RIZAL

Borang Pembelian

Name:
Email Address:
Phone Number
Preferred Banking Method
Poslaju Delivery
Address ( pastikan betul ) :
Items Code
Saya akan buat bayaran pada : dalam tempoh masa yg diberi (2 hari)
selepas tempoh masa yg diberi
tidak pasti bila
Adakah anda serius untuk membeli di sini dan sudah baca & faham terma syarat seperti tertera dibawah Ya
Tidak
Pertanyaan / Pendapat :

Click here to put a form like this on your site.

shipping agent canton

Thursday, March 8, 2012
salam, kali ini saya nak tulis tentang beberapa info dan panduan memborong ke china, ramai yang hubungi saya bertanya tentang pengalaman memborong ke guangzhou, nasihat saya pada teman-teman yang pertama kali mahu mencuba ialah buat persediaan rapi sebelum berlepas, dapatkan segala info tentang guangzhou, target kan dahulu dan plan barangan apa yang mahu di beli, dapatkan info terkini tentang keadaan cuaca, tempat memborong, waktu dan tukaran matawang,serta paling penting shipping agent anda, adakah mereka ini mempunyai cawangan di malaysia, tanya juga tentang jadual ketibaan barang yang anda beli, bila tarikh berlepas nya, bila ETA nya ( estimate time arrival) dimana alamat cawangan nya di malaysia,ade juga yang bertanya tentang shipping agent saya, sebenarnya semua barangan yang saya borong di guangzhou menggunakan p.o. amat jarang saya membayar cash, dengan p.o. saya tak perlu membayar tunai, saya hanya perlu memesan barangan yang saya pesan, dan kemudian shipping agent saya di guangzhou yang akan membayar nya bagi pihak saya, kecuali jika saya memborong barangan dengan jumlah yang kecil atau sederhana maka barulah saya membayar secara tunai jadi kepada mereka teman- teman yang menghubungi saya minta bantuan tentang shipping agent maaf kalau saya tak dapat membantu anda, pernah 2 kali pengalaman saya memberi 'sahabat' mengunapakai p.o. akhirnya saya yang berpeluh dengan ss shipping agent, pertama semasa kes crocs sudah menempah hampir 5 ribu pasang kasut crocs akhirnya 'sahabat' tadi membatalkan tempahan sedangkan kasut crocs yang dipesan sudah pun meninggalkan pelabuhan guangzhou, mahu tidak mahu terpaksa lah saya ambil semua kasut tersebut demi menyelamatkan wang cengkeram saya dengan shipping agent,manakala kes ke dua pula terjadi sewaktu seorang lagi 'sahabat' yang mengikuti rombongan saya ke guangzhou menempah hampir berpuluh ribu stokin dan beg tangan tetapi akhirnya tak mampu membayar tempahan ketika semua barang sudah tiba di kuala lumpur Jadi kepada mereka yang bertanya shipping agent saya minta maaf, pengalaman lepas amat mengerikan, namun jika anda kebetulan berada di guangzhou semasa saya juga di sana insya allah saya boleh membantu, atau ramai crew-crew saya yang sekarang ini aktif berulang alik dari guangzhou, cubalah tanya mereka sebabnya mereka ini pun boleh tahan expert nya,hampir setiap minggu mereka berulang alik silih berganti,man balik azmi pula ke guangzhou,azmi balik shukur pula naik,tue belum masuk geng dan budak-budak azhar dan mamat. sampai rasanya saya dah tak perlu ke guangzhou, alhamdulilah baguslah adik-adik abg tengah naik sekarang time rezeki ada ni beringat jangan lupa allah, Seperkara lagi ialah jangan lupa waktu memborong di guangzhou ialah pada jam 10 pagi hanya sehingga jam 6 petang setiap kompleks borong amat luas dan besar, adakalanya sehari suntuk belum tentu habis satu kompleks bayangkan di foshan sahaja ada hampir berpuluh pusat perabot hampir keluasan 10 kilometer, jadi bayangkan kalau kita nak singgah dan lawati semua pusat perabot di foshan,berapa lama masa patut di ambil seminggu? dua minggu? sebulan? huhuhu bak kata nabil...lu pikirlah sendiri....itu baru satu item. Akhir sekali untuk yang baru pertama kali ke guangzhou saya syorkan bawa sedikit bekalan makanan, terutama pada yang cerewet soal makan,memang makanan halal banyak tapi bimbang tak kena dengan selera kita,untuk crew abg kalau korang terbaca blog ni, harap periuk nasi abg kat store hotel korang jaga dengan baik insya allah dalam masa terdekat ni abg naik, maggi, mushroom soup dan minuman instant tue agak-agak la, ingat-ingat orang belakang sikit. Tukaran wang pun nampak tak macam dulu, dulu saya pernah dapat rmb 2.20 sen bagi setiap tukaran rm1,sekarang ni cuma lingkungan rmb2.06,disamping semakin ramai peniaga malaysia yang ke china, jadi mungkin tak boleh nak untung besar sangat, tapi masih boleh la asalkan pandai pilih barang dan berhati-hati selamat maju jaya .

0 comments:

Post a Comment