- kalau dah nak cepat rempit jer la naik ni, tp sbnrnya tak digalak kan
Ok kita terus kepada tajuk yang selalu ditanya ialah tips pertama kali ke guangzhou, pada saya simple
kalau musim sejuk bawak jer baju sejuk, sarung tangan, pelembab bibir dan stokin yang tebal, sementara yang wajib anda bawa ialah makanan tambahan seperti biskut, mee segera, air minuman, serta sebaik nya aktifkan atm kad anda untuk pengeluaran antarabangsa,
Jenayah di guangzhou agak rendah dan syukur ke hadrat allah swt, sepanjang 5 tahun berulang-alik ke gz, saya dan crew serta rombongan kami belum pernah dilanda masalah itu, Walau bagaimana pun saya nasihat kan berada di bumi asing kita haruslah sentiasa berwaspada, dari sudut makanan pula banyak makanan halal yang boleh diperolehi di bandaraya guangzhou cuma selera kita mungkin tak begitu serasi, tandas awam di guangzhou pula memang amat teruk dan kotor, satu-satunya tandas terbaik ialah di airport huhu, so sebelum keluar memborong elok lah ke tandas hotel dulu.
air minuman ini dijual oleh umat islam guangzhou
Tips memborong pada saya biasa sahaja, cuma sebaik nya anda kawal diri dan bertenang sebelum membuat pilihan, al maklum lah pertama kali ke gz terlalu banyak barangan yang anda tak jangkakan anda jumpa pada harga yang sangat murah, selepas membuat tempahan saya syorkan anda memeriksa kembali barangan yang anda beli, oh ya sebelum terlupa sebaik nya ambil la pakej extra baggasi yang ditawarkan syarikat penerbangan anda sehingga ke maksimum,masalah terlebih bagasi ni dah selalu sangat saya temui, maklumlah pertama kali ke gz...tak percaya? tak apa nanti tengok yer
Assalamualaikum,
Saya Ros.. Saya dan keluarga akan ke Guangzhou Mei 2016 ni... pertama kali.. kami mencarik guider di sana.. mungkin Encik boleh share contact atau bagi tips utk kami yang pertama kali nak ke sana.. memandangkan hampir semua di sana tidak berbahasa inggeris.. harap Encik dapat mnembantu.. pertolongan Encik amatlah kami hargai.. harap dengar respons dari Encik kelak.. insyaALLAH.. Terima Kasih ! :)