Alhamdulilah,syukur pada allah swt,barang-barang saya yang dibeli pada 16 mac lepas,telah pun selamat sampai dalam keadaan baik dan sempurna,teman-teman di lembah kelang yang menyertai sama trip ke guangzhou pada 12-17 mac lepas,di pahamkan sudah pun menerima kargo masing-masing sehari lebih awal dari saya semalam,maklumlah rumah mereka di lembah kelang,jadi pastilah lebih di dahulukan dari saya di seremban,antara item yang sempat saya beli tempoh hari ialah al quran digital, baju blouse,jersey,beg tangan wanita,beg laptop,beg sandang dan beg galas,tidak ketinggalan payung samurai yang masih lagi mendapat permintaan tinggi,insyaallah akan sy upload kan dalam masa terdekat,walaupun terpaksa berkejar-kejar untuk menghantar barang ke karnival dan ekspo
Sehari dua ini saya agak kesuntukan masa,banyak booth karnival dan ekspo yang saya sertai,minggu depan pula insyaallah akan ke guangzhou lagi,kali ini sasaran utama ialah hu man taiping...apa ada di hu man taiping?...insya allah semua nya akan saya kupas nanti,sambil itu saya terangkan sedikit di sini,trip yang saya buat biasa nya lebih saya tumpukan pada tempat atau lokasi paling murah,kerana saya berniaga dan memahami peniaga yang mengikuti trip saya biasa nya juga mahukan harga serendah mungkin,cuma kadangkala yang menjadi masalah ialah mendapatkan makanan halal yang menepati selera bila jauh berpuluh-puluh batu di pendalaman guangzhou kerana biasanya kedai makanan halal banyak bertumpu di pekan guangzhou sahaja,sebagai contoh harga selipar crocs di tempat yang saya ambil ialah rm3 berbanding di shang xia jiu lu rm4.20,bagi setiap sepasang,jadi apabila kita mengambil dua ribu pasang,bayangkan perbezaan yang dapat kita jimatkan,malangnya di sini tiada kedai makanan halal,jadi sebelum pergi makan dan alaslah perut dulu di bandar guangzhou.
Pada teman-teman yang membaca blog ini saya ingin meniup semangat anda untuk berniaga,terutama anak-anak muda,adik-adik saya,kan sabda nabi rezeki itu 9 dari sepuluh datang dari perniagaan,kejayaan tidak akan datang tanpa usaha dan titik peluh,barang di guangzhou semuanya hampir sekali ganda murah nya dari di negara kita,kelebihan lain ialah barang yang kita beli terbaru design dan patern nya,sebagai peniaga yang baru setahun jagung saya akui dan sedar kelemahan diri,adakalanya saya juga tersilap memilih barang,tapi semuanya adat dan asam garam yang harus saya tempuhi,mudah-mudahan dengan izin allah suatu hari nanti kita semua berjaya,amin
Teringat kata-kata abg saudara saya dulu waktu mula-mula diberitahu mahu ke china untuk mencari barang berniaga,kalau dah beli barang tak sampai macamana rizal?kita ni orang susah bukan senang nak cari modal,kalau kita dah kena tipu alamatnya tak ada sapa yang mahu pinjamkan kita modal lagi,lagipun kita amik stok sikit-sikit bukan 1 kontena pun,amik aje la di k.l. cepat.mudah dan kita masih boleh berniaga,ada juga teman yang bagitahu kita tak boleh bertutur bahasa china,tak ada kenalan,tak ada saudara mara di china,buat apa nak bahaya kan diri,amik aje la dari g.m. plaza atau san peng di kl,namun semuanya saya jadikan cabaran
setakat ini pun saya masih baru dan masih belajar merangkak,di kesempatan ini juga saya mengambil kesempatan dan penghargaan tidak terhingga kepada aidil samm,yang sudi meluangkan masa memberi tunjuk ajar dan buah fikiran dalam mencantik kan lagi blog ini,semuga allah membalas kebaikan saudara,tanpa saudara blog ini tidak mungkin secantik ini.
Menjual barangan terus dengan harga borong,murah dan berpatutan juga menyediakan pakej memborong di china berminat sila hubungi 011-2313 1158
Followers
FB Like
Borang Pembelian
dari booth ekspo ke bandar guangzhou
Posted by
rizahuddyn md ithnan
at
10:56 PM
Wednesday, March 30, 2011
al quran digital
Posted by
rizahuddyn md ithnan
at
1:45 PM
Thursday, March 24, 2011
Naskah al quran digital lengkap dengan tajwid dan taranum,terjemahan dalam bahasa malaysia,ade banyak imam,volume sesentuh bole di ajust di tepi mukasurat,alihbahasa juga di tepi muka surat,promosi dari rm4xx,harga istimewa untuk pengedar yang membeli secara borong,perhatikan pada saat 0.10 volume bole ajust,perhatikan cara tukar terjemahan pada saat 0.20
Posted by
rizahuddyn md ithnan
at
11:17 AM
Wednesday, March 23, 2011
gambar di pusat borong blouse
pasar sun glass
pasar borong pakaian
kedai baju t shirt
pusat pakaian kanak-kanak
pusat pakaian jenama tiruan
bersama penly shipping agent di china,di pasar beg dan leather
toys city dan barangan akseoseri
pusat barangan stationery dan permainan
pakej memborong ke guangzhou-april (awal bulan) hanya rm2300
Posted by
rizahuddyn md ithnan
at
10:17 PM
Tuesday, March 22, 2011
pakej memborong ke guangzhou,se orang rm2300,termasuk penginapan (sebilik berdua) dan pengangkutan di guangzhou
- 5.30 pagi menaiki pesawat -9,30 pagi,tiba di baiyun intenational airport
-10.30 pagi c/in di hotel
-12 tengahari makan tengahari
-2 petang ke pusat borongan permainan,alat tulis dan akseosori
-Hari kedua
jam 10 pagi minum dan sarapan
-Jam 11 pagi lawatan di mulakan ke pusat borongan blouse,baju wanita,pakaian kanak-kanak dan seluar
-petang ke pusat pakaian seperti jersey dan baju t shirt
- 6 petang makan malam
-Hari ketiga
-10 pagi sarapan pagi
-11 pagi ke pusat beg dan barangan leather
-3 petang pusat barangan perhiasan wanita
-6 petang makan malam
- 8 malam ke beijing lu,kawasan tarikan pelancongan
-9 malam pekena teh tarik mamak
-Hari ke empat
-10 pagi minum pagi
-11 pagi ke pusat textile dan langsir
-3 petang ke elektronik plaza
-Hari ke lima
-10 pagi minum pagi
-11 pagi ke pusat selipar dan kasut
-4 petang makan
- menyusuri keindahan sungai guangzhou
-Hari ke lima
-aktiviti bebas
-4 petang bertolak ke airport-
(harga termasuk tambang pergi balik,hotel,pengangkutan di guangzhou,visa)
- 5.30 pagi menaiki pesawat -9,30 pagi,tiba di baiyun intenational airport
-10.30 pagi c/in di hotel
-12 tengahari makan tengahari
-2 petang ke pusat borongan permainan,alat tulis dan akseosori
-Hari kedua
jam 10 pagi minum dan sarapan
-Jam 11 pagi lawatan di mulakan ke pusat borongan blouse,baju wanita,pakaian kanak-kanak dan seluar
-petang ke pusat pakaian seperti jersey dan baju t shirt
- 6 petang makan malam
-Hari ketiga
-10 pagi sarapan pagi
-11 pagi ke pusat beg dan barangan leather
-3 petang pusat barangan perhiasan wanita
-6 petang makan malam
- 8 malam ke beijing lu,kawasan tarikan pelancongan
-9 malam pekena teh tarik mamak
-Hari ke empat
-10 pagi minum pagi
-11 pagi ke pusat textile dan langsir
-3 petang ke elektronik plaza
-Hari ke lima
-10 pagi minum pagi
-11 pagi ke pusat selipar dan kasut
-4 petang makan
- menyusuri keindahan sungai guangzhou
-Hari ke lima
-aktiviti bebas
-4 petang bertolak ke airport-
(harga termasuk tambang pergi balik,hotel,pengangkutan di guangzhou,visa)
antara senarai stok terbaru yang akan sampai
Posted by
rizahuddyn md ithnan
at
1:33 AM
Sunday, March 20, 2011
sambungan pengembaraan guangzhou
Posted by
rizahuddyn md ithnan
at
9:22 PM
Saturday, March 19, 2011
hari seterusnya membawa ahli rombongan ke pusat kulit untuk sofa atau kusyen kereta,ada teman yang membeli kain kulit untuk sofa di rumah dan juga untuk kereta masing-masing harga bergantung pada kualiti kulit,pada teman-teman terutamanya black senawang kusyen,kat sini lah tempat memborong kusyen kereta,maaf lah,dalam kesibukan melayan ahli rombongan saya tak berapa sempat mengambil gambar di kedai kusyen,ini sahaja yang dapat saya rekod.
selain itu antara permintaan paling popular dari ahli rombongan ialah barangan elektronik,seperti hand phone,mp4,digital quran,cctv,play station 2,pen skodeng,walkie-talkie,gps dan lain-lain barangan elektronikelektronikelektronik,mujurlah ia agak dekat dgn hotel jika rajin bole jalan kaki sahaja untuk sampai ke plaza elektronik,ada kira-kira 8 bangunan plaza elektronik yang terdapat di kawasan ini,semuanya menawarkan harga dan barangan terbaru,kepada yang benar-benar ingin kan barangan elektronik tempat ini pasti tidak mengecewakan anda.
guangzhou part 2
Posted by
rizahuddyn md ithnan
at
1:51 PM
Saturday, March 19, 2011
hari ni saya akan update kan lagi sedikit informasi untuk pengungjung yang mahu ke china,kepada teman-teman yang berniaga, ade beberapa perkara yang perlu diberi perhatian pertama nya tidak digalakkan mengikut travel agent,kerana biasanya mereka akan membawa hanya ke tempat-tempat melancung dan kompleks-kompleks besar yang menjual secara runcit,murah memang murah seperti siaran dalam majalah 3 baru-baru ini,tetapi yang diperlukan kita sebagai peniaga ialah tempat memborong yang jauh lebih murah,kedua nya jika anda tahu nama tempat sesuatu pusat borong tetapi tiada kad alamat,atau nama dalam bahasa cina jangan harap pemandu teksi paham,sebagai contoh hotel tempat saya menginap ialah venice hotel,tapi jika naik teksi saya perlu menyebut chang-di-da-ma-lu-veer,is hotel,dalam dialek mandarin,barulah pemandu teksi paham
pusat-pusat borong pula kebiasaan nya terletak berjauhan satu sama lain,setiap satu pusat pula sangat besar dan luas bertingkat-tingkat,disini lah yang menguji ketahanan dan kesabaran kita.dalam kesibukan dan ke penatan mencari barang ini,kalau terasa lapar jangan harap ada kedai makanan halal semudah di negara kita,ada memang ada tapi agak jauh dan perlu naik teksi.seperkara lagi walaupun mereka adala pemborong tapi ruang kedai dan lot mereka biasa nya agak sempit,jadi untuk dapatkan stok kita terpaksa menunggu mereka mengambil barang dari stor mereka pula,lebih-lebih lagi jika kita mencari barang jenama tiruan ianya mengambil sedikit masa juga.
pusat-pusat borong pula kebiasaan nya terletak berjauhan satu sama lain,setiap satu pusat pula sangat besar dan luas bertingkat-tingkat,disini lah yang menguji ketahanan dan kesabaran kita.dalam kesibukan dan ke penatan mencari barang ini,kalau terasa lapar jangan harap ada kedai makanan halal semudah di negara kita,ada memang ada tapi agak jauh dan perlu naik teksi.seperkara lagi walaupun mereka adala pemborong tapi ruang kedai dan lot mereka biasa nya agak sempit,jadi untuk dapatkan stok kita terpaksa menunggu mereka mengambil barang dari stor mereka pula,lebih-lebih lagi jika kita mencari barang jenama tiruan ianya mengambil sedikit masa juga.
gambar dan video yang sempat di rakam di pusat borong beg dan kulit
ni hau..
Posted by
rizahuddyn md ithnan
at
4:18 PM
Thursday, March 17, 2011
salam,alhamdulilah saya sudah selamat kembali dari guangzhou,kadar tukaran untuk masa ini agak tinggi juga rm1=2.13 yuan,cuma yang tak berapa sedapnya air asia pula telah menaik kan had bagasi nya dari 46 yuan per kilo kepada 95 yuan per kilo,kebetulan timbang di hotel pula 'rosak' jadi agak terkejut juga saya bila sampai di baiyun airport dimaklumkan oleh kakitangan air asia bahawa had bagasi saya sudah terlebih 15kg,apalagi terpaksa la membayar 1425 yuan,bersamaan dengan rm710,aduh lepas tiket untuk sorang lagi kalau macam ni,toleh pada rakan-rakan di belakang kot-kot bole menumpang bagasi,tapi hampeh semua nya over load,apa nak buat,nak cepat punya pasal,bayar je la juga,ramai memang ramai juga penumpang orang kita tapi saya tak kenal,lagipun masing-masing buat muka ketat je,sebelum itu selama lima hari di guangzhou cuaca agak sejuk dari 8-13 celcius,mujur periuk nasi yang saya bawa dari rumah lengkap dengan beras dan segala macam makanan segera mencukupi jadi tak la susah-susah keluar menempuh kediginan,cuma bila lihat ahli rombongan yang lain kurang bekalan terpaksa juga ke kedai makanan muslim,memang agak banyak makanan muslim di sini,dari makanan muslim china hinggalah makanan muslim arabian,barang-barang yang dicari semuanya diperolehi syukur alhamdulilah jadi masa yang terluang dapatlah saya mencari barang-barang untuk perniagaan saya pula,hari pertama saya ke pusat borong pakaian di luar bandar guangzhou,memang agak ramai di tempat ini,padat sempit dan haruk- piruk,paling geram bila barang yang kita mahu tiada stok atau habis,untuk jalan dari satu kedai ke kedai yang lain memang agak jauh dan memerlukan kita berjalan jauh,sambil membawa barang yang di beli,sehari suntuk juga lah saya di sini,pusat borong di guangzhou semuanya di buka dari jam 10 pagi hingga 5 petang sahaja,kadang-kadang dua hari diperlukan untuk mencari dan mendapatkan barang-barang yang kita mahukan,seperkara lagi pekedai-pekedai di sini biasa nya tak membenarkan kita mengambil gambar di kedai mereka jadi hampir kesemua gambar saya rakam kan secara curi-
curigambar di kedai blouse kebetulan musim panas bakal tiba di china jadi banyak sangat stok-stok dan gaya terbaru
ni pula kawasan amik jersey dan baju kemeja serta t shirt
ni pula kawasan amik jersey dan baju kemeja serta t shirt
pasar sun glass dan cermin mata di guangzhou,memang
murah gile yang tak tahan satu jenis kena amik 20 pasang
murah gile yang tak tahan satu jenis kena amik 20 pasang
sambungan dhaka
Posted by
rizahuddyn md ithnan
at
7:42 AM
Thursday, March 17, 2011
ini pula gambar saya bersama dr rosli,rakyat malaysia yang membuka bisnes al hajj bank di bangladesh,dr rosli banyak membantu mendapatkan contact,dr juga beriya-iya mengajak kami bermalam di rumah nya
ini pula mr mahfuz,tauke kilang di dil kushar,banyak lagi cerita tentang pakaian dan dunia dhaka,nantilah jika ada kelapangan akan saya muat dan sertakan,yang pasti jika mahu ke dhaka kita harus bersedia berdepan dengan cabaran termasuk jalan raya yang haruk piruk dan debu bandar dhaka
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me

- rizahuddyn md ithnan
- Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
- Mula berniaga dari arwah ibu sejak berusia 16 tahun secara kecil-kecilan.Kini berniaga di boot,expo,dan karnival juga mengambil order dari orang pesendirian dan organisasi.
Blog Archive
-
▼
2011
(53)
-
▼
March
(13)
- dari booth ekspo ke bandar guangzhou
- al quran digital
- gambar di pusat borong blouse pasar sun glass p...
- pakej memborong ke guangzhou-april (awal bulan) ha...
- update stok baru
- antara senarai stok terbaru yang akan sampai
- sambungan pengembaraan guangzhou
- guangzhou part 2
- ni hau..
- sambungan dhaka
- gambar-gambar di sekitar dhaka
- salam dari dhaka
- meneroka pasaran bangladesh..
-
▼
March
(13)
Add saya di facebook
sembang dengan saya
Masa Itu Emas

Blog Rakan Peniaga
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
US Dollar Currency Converter9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog Rakan Peniaga II
barangan terus dari china
Powered by Blogger.