Pada saya tidak ada apa yang mahu saya ceritakan, kerana saya bukanlah seorang yang amat pakar tentang selok belok dunia perniaggan di china, tetapi jika sekadar mahu berkongsi pengalaman yang tidak seberapa ini bolehlah, pada saya banyak sebab kita perlu ke china, saya sendiri memilih ke sana untuk mendapatkan barangan yang saya mahukan pada harga terendah, hanya itu sebenar nya nawaitu saya, alhamdulilah saya dapat apa yang saya ingini.
tengah ajust nak tumpang kontena kawan-kawan, cepat
sikit sampainya...
kat sini baju mmg class A, tp market saya kat expo-expo jer
Ramai juga yang salah paham dan fikir kalau dah ke gz mesti kena amik barang 1 kontena, sebenarnya ia tidak semestinya, yang penting kita tahu apa barangan yang sesuai jadi untuk itu homework amat penting
untuk membantu kita membuat pilihan barangan, pada mereka yang berniaga di up town atau night market
biasanya mereka mencari kain baju atau aksesori, ada juga tauke-tauke tudung kita yang menempah tudung dari kilang-kilang di sini, apa yang saya perhatikan orang kita amat kurang yang terbabit dalam dunia elektronik atau akseoseri kereta di gz, mungkin untuk menjualnya atau memasarkan di malaysia menyebabkan orang kita memilih barangan lain untuk dijual, harga barangan stationery juga amat besar bezanya dengan di tanah air kita, begitu juga dengan dunia barangan perabot mewah berkali ganda murahnya dari yang dijual di kuala lumpur, jangan cepat salah paham bukan semua barangan china low class,
ATV ini separuh harga sahaja dari yang dijual di malaysia
Begitu jugalah dengan dunia beg jika mahu mendapatkan beg tangan jenama tiruan kelas AAA kita boleh mendapatkan nya dengan mudah di gz ini pada harga hanya beberapa ratus kualiti dan bentuk nya saling tak ubah seperti yang asli, cuma di gz hampir kesemua kedai melarang kita untuk merakam gambar, jadi sebahgian besar gambar- gambar di sana saya ambil secara curi-curi
beg-beg jenama semua ni kelas AAA
salam
klau nak order atv tu n balik msia camana ye
berapa budget n kosnya
tq