Followers

FB Like

HUBUNGI RIZAL

Borang Pembelian

Name:
Email Address:
Phone Number
Preferred Banking Method
Poslaju Delivery
Address ( pastikan betul ) :
Items Code
Saya akan buat bayaran pada : dalam tempoh masa yg diberi (2 hari)
selepas tempoh masa yg diberi
tidak pasti bila
Adakah anda serius untuk membeli di sini dan sudah baca & faham terma syarat seperti tertera dibawah Ya
Tidak
Pertanyaan / Pendapat :

Click here to put a form like this on your site.

kisah guangzhou

Thursday, October 18, 2012
Salam hormat, banyak pertanyaan yang saya dapat sama ada dari email atau telefon yang meminta saya bercerita dan berkongsi pengalaman tentang barangan dari china, adakalanya saya tidak dapat menjawap secara terus dan serta merta kerana masalah kesibukan yang amat sangat .

Pada saya tidak ada apa yang mahu saya ceritakan, kerana saya bukanlah seorang yang amat pakar tentang selok belok dunia perniaggan di china,  tetapi jika sekadar mahu berkongsi pengalaman yang tidak seberapa ini bolehlah, pada saya banyak sebab kita perlu ke china, saya sendiri  memilih ke sana untuk mendapatkan barangan yang saya mahukan pada harga terendah, hanya itu sebenar nya nawaitu saya, alhamdulilah saya dapat apa yang saya ingini.


Lama- kelamaan saya mula meneroka bandar gz, barulah saya tahu sebenarnya apa sahaja barang-barang bole kita dapati di gz ini dengan harga yang amat murah dari di negara kita, dan hampir 90 peratus barang-barang yang di jual di gm plaza atau kenanga datang dari gz,  juga tak kurang barang-barang komputer yang di jual di low yat atau pun barangan elektronik yang berlambak di pasar pudu, saya hanya sekadar mahu berkongsi apa yang saya tahu kepada mereka yang bertanya. Terkenang pada seorang teman saya dulu jika tak ada idea apa yang mahu dijual, beliau akan tengok tiket ke gz, jika harga tiket murah beliau akan beritahu saya dan mengajak ke gz, jom g gz servey barang, hampir dua tiga bulan sekali itulah kerja kami amik tiket pergi gz tapi tak tahu nak beli apa, sampai sana duduk hotel seminggu tiap hari kerja kami meneroka dan menjelajah dari satu pusat borong ke pusat borong yang lain, kadang-kadang bila diingatkan saya tersenyum sendiri, tapi biasanya ia berhasil kerana kami berjaya menemui barangan yang menarik baru dan murah untuk dijual di malaysia                  

                                           tengah ajust nak tumpang kontena kawan-kawan, cepat
                                           sikit sampainya...
                                        kat sini baju mmg class A, tp market saya kat expo-expo jer

Ramai juga yang salah paham dan fikir kalau dah ke gz mesti kena amik barang 1 kontena, sebenarnya ia tidak semestinya, yang penting kita tahu apa barangan yang sesuai jadi untuk itu homework amat penting
untuk membantu kita membuat pilihan barangan, pada mereka yang berniaga di up town atau night market
biasanya mereka mencari kain baju atau aksesori, ada juga tauke-tauke tudung kita yang menempah tudung dari kilang-kilang di sini, apa yang saya perhatikan orang kita amat kurang yang terbabit dalam dunia elektronik atau akseoseri kereta di gz, mungkin untuk menjualnya atau memasarkan di malaysia menyebabkan orang kita memilih barangan lain untuk dijual, harga barangan stationery juga amat besar bezanya dengan di tanah air kita, begitu juga dengan dunia barangan perabot mewah berkali ganda murahnya dari yang dijual di kuala lumpur, jangan cepat salah paham bukan semua barangan china low class,
                                             ATV ini separuh harga sahaja dari yang dijual di malaysia

Begitu jugalah dengan dunia beg jika mahu mendapatkan beg tangan jenama tiruan kelas AAA kita boleh mendapatkan nya dengan mudah di gz ini pada harga hanya beberapa ratus kualiti dan bentuk nya saling tak ubah seperti yang asli, cuma di gz hampir kesemua kedai melarang kita untuk merakam gambar, jadi sebahgian besar gambar- gambar di sana saya ambil secara curi-curi

                                             beg-beg jenama semua ni kelas AAA                                                                                     

5 comments:

  1. salam
    klau nak order atv tu n balik msia camana ye
    berapa budget n kosnya
    tq

  1. botak6122 said...:

    Salam.klu nk order atv 400 cc berapa modal kos nya

  1. abirr said...:

    atv 400cc macam kat atas tuh berapa kos keseluruhan?

  1. Unknown said...:

    Orang hidup lagi ke tak?

  1. Unknown said...:

    Orang hidup lagi ke tak?

Post a Comment