Followers

FB Like

HUBUNGI RIZAL

Borang Pembelian

Name:
Email Address:
Phone Number
Preferred Banking Method
Poslaju Delivery
Address ( pastikan betul ) :
Items Code
Saya akan buat bayaran pada : dalam tempoh masa yg diberi (2 hari)
selepas tempoh masa yg diberi
tidak pasti bila
Adakah anda serius untuk membeli di sini dan sudah baca & faham terma syarat seperti tertera dibawah Ya
Tidak
Pertanyaan / Pendapat :

Click here to put a form like this on your site.

Bandar canton atau guangzhou

Saturday, April 2, 2011
Hari ini saya akan cuba penuhi beberapa soalan dan permintaan dari teman-teman yang mahu saya bercerita serba sedikit info tentang guangzhou,perjalanan dari kuala lumpur ke guangzhou sama ada dari klia mahupun lcct mengambil masa empat jam,jika tujuan kita adalah mahu membeli barang saya syorkan anda membayar extra bagasi,dengan air asia,yang mana kita boleh membawa balik barang sehingga 3o kg,ini dapat menjimatkan kos anda semua,tapi itupun jika anda sanggup berdepan dengan pihak kastam di raja malaysia,pengalaman saya di lcct banyak yang pahit dan kelat untuk dikongsi,bagaimanapun saya yakin bukan semua anggota kastam kita begitu,cuma mungkin nasib saya sering ditemukan dengan anggota kastam yang agak kurang bertimbang rasa,jauh di sudut hati saya yakin ada kastam kita yang bertimbang rasa,adil dan amanah dalam menjalankan tugas mereka.

Kita sambung cerita tentang guangzhou,di bandar yang didiami oleh lebih sepuluh juta penduduk ini,dan bandar yang ketiga besar nya di negara china ini,menjadi syurga para peniaga mencari barangan,seperkara yang menarik,mengikut undang-undang di guangzhou,pemandu teksi tidak dibenarkan berkata tidak kepada penumpang,ini bermakna bila tahan sahaja teksi maka pemandu teksi mesti menghantar anda ke destinasi tanpa banyak karenah,cuma kebiasaan nya pemandu teksi di sini hampir semua tidak boleh berbahasa inggeris,apa yang anda perlukan ialah kad perniagaan untuk ditunjukan kepada pemandu teksi disini agar mereka dapat menghantar anda ke destinasi dengan betul



Pusat-pusat borong pula biasanya dibuka pada jam 10 pagi hingga jam 5 petang,dan terletak agak jauh dari satu sama lain,sebagai contoh jika anda mahu mencari beg dan barangan kulit ia terletak hampir 30 kilometer jauhnya dari pusat borongan mainan,di tambah dengan kawasan yang besar serta luas dan ratusan kedai yang menyediakan pilihan untuk kita.ia mengambil masa untuk kita membuat pilihan mengikut kehendak hati kita maka tidak hairanlah jika ada peniaga yang terpaksa menghabiskan sehingga tiga hari hanya untuk ke pusat beg
kebiasaan nya peniaga yang saya temui memerlukan 4 hingga 10 hari bagi setiap trip ke guangzhou ini. satu lagi daerah paling hampir dengan guangzhou ialah shenzhen,perjalanan dengan kereta biasanya memakan masa hampir 3 jam lebih,bagaimanapun dengan keretapi laju china hanya memakan masa hampir 1 jam 30 minit,mana tidak nya kelajuan keretapi ini adakalanya mencecah 210 kmj.shenzhen terkenal sebagai bandar elektronik dan barangan permainan kanak-kanak,amat banyak kilang-kilang elektronik disini.manakala daerah foshan pula amat terkenal dengan perabut yang sangat cantik,harga nya pula hampir 2 kali ganda murah dari negara kita,di sini sangat ramai peniaga-peniaga asing terutama dari arab dan afrika,jika anda peniaga perabut saya yakin disini adalah tempat yang wajib anda kunjungi.bagaimana jika mahu mencari lampu?tekstil?hardware? sebut apa saja yang anda mahukan hampir semua barang nya bole didapati di guangzhou ini.

Tentang makanan pula,makanan halal amat mudah di temui di tengah-tengah bandar guangzhou,dari yang bercitarasa arab,afrika mahupun china malahan restotan tom yam thailand juga bole didapati di sini,cuma saya ini jenis yang cerewet makan sikit,hahaha. jadi biasanya untuk menjimatkan masa dan mengatasinya saya biasanya bersama teman membawa rice cooker dari rumah lengkap dengan segala macam makanan. seperkara lagi jika anda temui warga malaysia yang berketurunan cina dalam peringkat umur pertengahan biasanya mereka amat ramah dalam menyapa anda dan sedia membantu memberi infomasi.

1 comments:

  1. zuneta said...:

    assalammualaikum...ermm..lau macam barang2 kraf...mcm craft punhcer tu xde ke?? hehe...

Post a Comment